Friday, July 31, 2015

♥ OOTD Aidilfitri 2015 - Part 1 .


assalamualaikum dan hello

tahun ni turn kakak izzatul kau dapat cuti raya . hello cuti 2 minggu hokeh punya lah seronok macam cuti 30 hari 31 malam kekdahnya . ko pedulik aper . hakhakhak .

aku kena manfaatkan sebaiknya la kan sebab 4 tahun sekali turn cuti raya ni . tahun depan bersilat la dikau kat airport ganti orang yang telah mengantikan dikau tahun ini . tsktsktsk . okeh tahun depan benti keje . bai :P

okeh baiklah . cerita sket OOTD aku tahun ni tak lain tak bukan dengan busana perghhh busana koo hahahaha jubah dari CALAQISYA . marrisa ombre jubah  . aku suka ombre ombre ni sebab ton warna dia cantik :)

shawl beli kat instagram : annisa_scarf  . shawl yang kakak izzatul kau pakai tu namanya , WARDA size XL material chiffon . awning tak lembikk tak perlu starch . tak perlu risau apabila ditiup angin sepoi tak reti bahasa tetap utuh terpacakk kat dahi kata koo :D

lepas tu nak citer turn beraya kat mana pulakk tahun ni . mulanya dari raya tahun lepas aku sudah memberitahu abang w.z kau bahawasanya tahun ni turn aku jangan mengader dah 2 tahun raya first kat situ .

last last suami bertuah aku tu dok kira kira yang aku start cuti 2 hari sebelum raya , kebetulan sangat -.-' dia kata jom balik temerloh dulu , pagi raya kita balik nilai . aku okeh je janji itu tidak dicapati :P

- oh oo . kenapa khooliq :P

 - abang zahar dan fina yang comel overload meh makteh cubit pipi sket meh -


- kak mina , ibu dan khooliq ♥


- ibu dan aboh awwww romantiknya bertentang mata gitueww ♥


- family kak sofia ♥


- family kakak izzatul kau yang tak berapa nak berkembang lagi . hehehe ♥


- kemain termasuk ibu sekali dok tunjuk tunjuk . hehehe ♥


- lelaki lelaki ♥


bukan senang nak arrange bebudak cecomel nak photoshoot segala ni . ada yang nak lari keluar la , ada yang dok tercangak cangak la , ada yang duduk terkangkang la . memacam tapi yang penting tetap comel macam biasa ye anak buah makteh semua :P


- gambar family sekeping yang serius . kenapa dengan mata khooliq :P


- freestyle satu kali ♥


- freestyle dua kali ♥


- gembira satu kali ♥


- nak bertentang mata jugekkkk ♥


- tak minta maaf pun hari raya hari tu sebab hari hari dah minta maaf . kita salam je eh . duit raya jangan lupa bank in kat saya okeh :P


- mulut tak cukup sedia lagi . hehehe -


- kat tetangga ♥



luahan perasaan : banyak terima jemputan ke rumah . korang ada yang jemput kita tak ? hehehe .

Tuesday, July 28, 2015

♥ Pulau Tioman 2015 - Part 5 .


assalamualaikum dan hello 

okeh baiklah ini entri last pulau tioman . last pun nak ke taip tu makan tahun juga hakhakhak sebab banyak benda aku nak siapkan memang tak ada masa nak buang masa dalam penulisan aku yang tak seberapa ni okebai :P

balik dari marine park wohooo lapar sangat . jalan dari marine park ke chalet adalah 15minit memang boleh kurus ye ahkak sebab turun naik bukit . haa nak citer sket ni eeee nak citer pun rasa fobia macam mana ni . hee .

sehari sebelum tu , kami pergi jenjalan sampai hujung tanjung berjaya hotel tu pegi makan nak maghrib baru balik . aku dalam hati hoi jap g lalu hutan kot nak ke chalet -.-'

parking motor kat bawah kaki bukit masa tu memang gelap dah . ni bukan gelap maghrib taw tapi gelap yang pukul 8 punya gelap tu , memang aku tak berapa yakin nak langkah masuk hutan dah tu .

aku masa tu bukan takut hantu taw dan bukan berani nak berdepan ngan hantu tapi aku lebih takut ular dok lintas kang lintang pukang aku lari tak jejak tanah kang memang aku tak fikir laki dah masa tu . hehehe .

memang celupar betul hati aku apa yang aku beritahu dalam hati tadi sekali tu memang ada ular melintas kat depan aku beza 5 langkah macam tu . aku punya lari macam aku dah boleh kalahkan ussain bolt dah .

abang w.z kau tak lari , dia jalan dengan lenggang kangkung ke arah aku macam perkara rutin pulak bagi dia nampak ular semua tu . aku perhati je dia . dia kata dia tak pernah pulak jumpa ular sepanjang dia duduk ulang alik ke situ .

aku punya fobia sampai aku nak kata tido kat chalet lain jer . laki aku kata ular tu nak lalu jer jap gi dah tak de la tu . tetiba aku dari jauh nampak ada orang lalu jalan yang ular tu lalu . aku ckap ngan laki aku eh ular dah tak de kot jom kita lari hehehe .

jangan cakap la sepanjang jalan tu berishtifar je mulut ni jangan la dia muncul lagikk kat depan aku aku masa tu ranting pun aku nampak cam ular . aku cakap kat laki aku eh tu ular ! laki aku kata tu ranting la ranting ! sepanjang aku lalu tu ranting pun aku nampak cam ular -.-'

balik tu masuk chalet terus terbongkang dek kerana larian persis ussain bolt tadi , hakhakhak . dia punya penat macam sampai lusa pun tak habis . kesian betul aku tengok diri sendiri :P



masa tu punya la lapar tahap nak gigit orang dah tu mana tak nya tadi pegi berendam lelama kat marine park . nasib kedai makan betul betul sebelah chalet memang strategik giler . aku order nasi goreng paprik , suami ku itu order nasi pattaya , add on udang goreng tepung . sedap :)


- kita makan dulu -


- nampak ular lagikk . ular daun . kucing relax je bergurau dengan ular -


- next time nak tuntut . hehehe -


chalet kak su . yang aku punya chalet tu RM60 semalam , ala tak ambik gambar , tak pe aku citer apa yang ada dalam chalet aku tu - katil queen , almari , aircond , shower/hot water , okeh la sebab banyak lepak depan chalet tu jer , bukak pintu jalan 10 langkah pantai dah .

ada yang RM30 semalam . yang tu fasiliti dia katil single , almari , kipas , shower . beza katil , tak de aircond dan shower tak de air panas . if nak bajet , memang boleh ambik chalet ni . lain kali nak ambik yang ini sebab tak suka aircond :)



- depan chalet -


- dekatnya kakak izzatul kau  -


- entah la laki aku suh ambik gambar aku ikut je la -


- setiap langkah nak ambik , dipersilakan :P


- muka panas -


- sayonara tioman -


- beaches betul gegirl ni . nak datang lagik kat sini yeay -


- dalam feri dah nak menuju ke darat . babai -



luahan perasaan : bila la aku nak raya rumah kengkawan ni . ada jemputan tak ? hehehe .

Monday, July 20, 2015

♥ Pulau Tioman 2015 - Part 4 .


assalamualaikum dan hello 

selamat hari raya . orang pergi raya kita update belog . sangat bagus perangai . layan tetamu dua tiga minit lepas dah berborak aku pesan basuh cawan sendiri sebelum aku halau mereka balik ke rumah masing masing :P

tahun ni dapat cuti raya . nanti la baru citer pasal raya . sekarang nak cerita pasal entri tioman yang dah tertunggak lama dah ni akibat dek kemalasan yang melanda diri ini .


- abang w.z kau beli roti untuk ikan -


- isi minyak sebotol pas tu sambung ronda lagikk . sebotol RM3 mahal ke tidakk ? -


- MARINE PARK TIOMAN -


aku tengok macam cetek je dari atas . abang w.z kau kata jangan main main , tinggi 2 tingkat bangunan ni . tetiba aku jadi macam aku tak jadi la nak snorkelling walaupun ada safety vest tu aku tetap takut lemas . aku punya fobia tahap tinggi melangit .


- ready 1 , 2 , 3 jump !!! -


pakai goggle dan terjun gedebushhh bunyikk air memecah kesunyian perghh ayat hakhakhak terjun punya terjun sampai ke bawah tu dek kerana tekanan air tadi tu dia cakap , "goggle jatuh la pulak !" aku pelik dah yang tergantung kat leher tu apekebende nya tu .

dia kata eh tak perasan caner leh ada kat leher ye ? soalan yang aku tak terfikir pun nak jawab . kang aku hujah secara fizik karang tercengang dia nanti . aku perhati je perangai dia -.-'


aku memang nak join dek kerana fobia tu yang fikir beratus kali adoi la . aku pun suruh abang w.z kau pegi la snorkelling dulu . sementara tu aku ambik la beberapa keping gambar dia terjun dari atas ke dalam air .

tak lama tu dia ajak aku turun snorkelling together tapi tak la aku terjun macam perenang kebangsaan gold medal tu mau tertanggal safety vest aku karang hanyut dilautan hindi . kihkihkih . aku turun sesopan yang boleh  . masuk dalam air tak de bunyi air berkocak pun . huhuhu .


- berjaya jugakk pernah ke tengah tu walaupun banyak telan air masuk dalam perut jadi kembungg -.-'


tempat tu dia macam tak berapa nak bagi orang masuk sangat sebab ada banyak kes kaki berdarah dek kerana tiram tiram yang hidup liar dicelahan tangga tu tajam katanya . nak try tajam ke tak pegi gesel kekaki ko kat sana . bai .

abang w.z kau ade la luka sket sket tapi tak la berdarah , tercalar je . aku tak kena apa apa sebab pakai stokin so tak rasa sakit rasa cuak je dengan kedalaman air ketika itu tapi teruja tu ada la tengok ikan berenang mengelilingi badan badan mereka -.-'


susah nak bernafas melalui mende alah tu sebab braces sampai dulu baru gigi . gigi pun tak sampai nak gigit , jongang sangat ke gigi sampai tak sampai ? hahaha . pas tu kena bebel ngan suami bertuah aku tu kenapa asyik tertelan air je -.-'

tetiba ada sorang lelaki ni pakai braces gak tegur aku . "awak awak , susahkan pakai mende alah ni , ni sebab braces la ni" aku pun mengiyekan apa yang dia kata sambil jeling suami aku tuhh sebab tak percaya apa yang menimpa aku tadi .


if korang nak tahu if lemas ke apa apa kes mereka tak kan bertangungjawab . dorang dah pesan awal awal dah kat signboard . kat situ memang tak ada safety guard . if suami aku tu tak pandai berenang , mintak maap aku sendiri tak kan turun la weh .


- snorkelling tak lepas lagikk ada hati nak scuba bagai , kahkahkah -


- subnallah air nya cantikk gilerss -


- sporty top to toe -


- air memakan diri sendiri , huhuhu -


- last last baling air ke tepi jer -



luahan perasaan : sambung makan kuih raya balikk ni .